Powered By Blogger

Friday, 15 March 2013

Sekali ...........

assalamualaikum w.b.t .....

kamu ! kamu ... ye, kamu yang tengah membaca ni , nak tanya. berapa kali kamu hidup kat dunia? pasti tidak akan ada yang menjawab 2 kali mahu pun 3 kali. kerana yang pasti kita hanya hidup sekali. ALLAH tak beri kita dua atau sepuluh nyawa, tapi hanya satu nyawa.

  kamu hargai tak nyawa kamu yang satu dan hidup kamu yang cuma sekali tu? 
 ramai yang menganggap hidup cuma sekali, maka buat apa sahaja kita suka selagi hidup masih bersisa. ewah-ewah, suka suki dia je kan nak buat ikut rentak dia. kamu tak tau ke, bila-bila masa dan di mana-mana sahaja kamu boleh wassalam. 

baiklah, saya setuju time kita masih 'on' ni la kita kena buat benda-benda yang kita suka. tapi bila buat benda yang kita suka tu bermaksud dalam konteks benda yang ALLAH suka la. yang bagaimana? senang cakap 'amar ma'ruf nahi mungkar'. 

Firman Allah:
“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka mengajak kepada kebaikan dan mecegah daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (at-Taubah: 71)
















susahkan nak berbuat baik berbanding nak berbuat tak baik tu? sudah tentu tidak, buat baik tu senang tapi kita aje yang susahkan. sebagai contoh, senyum. kan? senang tak nak senyum? senangkan .. senyum tu pun dikira sedekah. see, dua benda baik dah kita buat. yang pertama senyum dan yang kedua sedekah. simple right? tapi kita je yang tak mau buat. ayuh muhasabah, sepanjang kita hidup ni, apa pengisian yang telah kita buat untuk diri.....

hidup cuma sekali wahai sahabat (peringatan buat diriku dan dirimu) .

pilihan ditangan kita, mahu 'off'' dalam keadaan baik atau tak baik.

syurga atau neraka?

kasih ALLAH atau murkaNya?

sesungguhnya ALLAH itu Maha Penyayang lagi Maha Pengasih, kembalilah kepadaNYA, walau banyak mana perbuatan jahat pun yang telah kita lakukan, nyata pintu taubatNya itu sentiasa terbuka. andai kamu masih bernafas pada hari ini bermakna kamu masih diberi peluang untuk memperbaiki diri. Hargai hidup yang sekali ini sahaja agar tiada penyesalan di kemudian hari .

p/s : sekadar perkongsian bersama, segala kekurangan itu datangnya daripada saya dan segala klebihan dan kebaikan itu datangnya daripada ALLAH s.w.t .... wallahu'alam  !





No comments:

Post a Comment